GOOGLE TRANSLATE

Thursday, May 15, 2014

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPM )

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
APAKAH SKPM ?


5 STANDARD
1. KEPIMPINAN DAN HALATUJU
2. PENGURUSAN ORGANISASI
3. PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN HAL 
    EHWAL MURID
4. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
5. KEMENJADIAN MURID








Akta Pendidikan 1996 subseksyen 117 (a) memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab bagi memastikan taraf (standard) pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Menyedari pentingnya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan berkesan, JNJK telah memperkenalkan satu standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif yang dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010. SKPM 2010 mengandungi lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan iaitu :


PERNYATAAN :

STANDARD 1
Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P)


STANDARD 2
Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.


STANDARD 3
Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


STANDARD 4
Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan
STANDARD 5
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Kerangka Konsep SKPM 2010

Dalam penghasilan SKPM 2010, Model Sekolah Berkesan (Effective School Model) (Sammons, Hillman & Mortimore, 1995) dan Model Penaziran Kemenjadian Murid yang
dikemukakan dalam Hala Tuju JNJK 2010-2015 (JNJK, 2009) dirujuk dan dijadikan sebagai konsep asas.

Model Sekolah Berkesan adalah berteraskan Teori Sistem. Teori ini menyatakan bahawa sesuatu organisasi seperti sekolah yang wujud dalam suatu persekitaran terdiri daripada pelbagai elemen yang memiliki ciri-ciri unik dan mempunyai hubungan antara satu sama lain. Elemen yang berinteraksi antara satu sama lain secara berterusan menghasilkan impak. Dalam konteks sekolah, impak dilihat dalam kemenjadian murid.

Dalam Model Sekolah Berkesan semua input di sekolah diurus secara optimum untuk menghasilkan output yang cemerlang. Antara input tersebut ialah sumber manusia, sumber kewangan, sumber pendidikan dan kemudahan fizikal. Proses adalah berkaitan cara sumber diolah dan dimanfaatkan untuk menghasilkan output, iaitu kemenjadian murid.

Model Penaziran Kemenjadian Murid yang dirangka oleh JNJK mengambil kira hasrat yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan tugas teras, tabung ilmu, pengalaman serta amalan penaziran. Berdasarkan konsep model berkenaan, setiap unsur, gerak kerja serta penggemblengan sumber di institusi pendidikan memberi sumbangan ke arah kemenjadian murid. Faktor penyumbang kepada proses pembelajaran yang menentukan corak kemenjadian murid ialah:

•          kepimpinan dan pengurusan institusi pendidikan;
•          profesionalisme keguruan;
•          pengurusan kurikulum dan kokurikulum;
•          prasarana dan sumber pendidikan;
•          pembangunan sahsiah dan kebajikan;
•          partisipasi komuniti dalam pendidikan; dan
•          pembelajaran dan pengajaran serta penilaian.
Berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model lain yang berkaitan, maka JNJK menghasilkan SKPM 2010 yang terdiri
daripada lima standard, iaitu:

Standard 1: Kepimpinan dan Hala Tuju

Standard 2: Pengurusan Organisasi

Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid

Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran

Standard 5: Kemenjadian Murid

Kelima-lima standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Setiap standard terdiri daripada satu senarai aspek. Setiap aspek terdiri daripada kriteria kritikal. Bagi setiap kriteria kritikal pula, disediakan deskripsi skor. Deskripsi skor mengandungi indikator kualiti yang menjadi panduan dalam penentuan skor.



PERBANDINGAN SKPM VERSI 2003 DAN 2010

SKPM 2003
SKPM 2010
DIMENSI 1
HALA TUJU KEPIMPINAN
STANDARD 1
KEPIMPINAN DAN HALA TUJU
DIMENSI 2
PENGURUSAN ORGANISASI
STANDARD 2
PENGURUSAN ORGANISASI
DIMENSI 3
PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
STANDARD 3
PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN HAL EHWAL MURID
STANDARD 4
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
DIMENSI 4
KEMENJADIAN MURID
STANDARD 5
KEMENJADIAN MURID

PERBANDINGAN PECAHAN ASPEK DAN ITEM SKPM VERSI 2003 DAN 2010

PECAHAN ASPEK DAN ITEM SKPM 2003
ASPEK SKPM 2010
DIMENSI
ASPEK
PECAHAN ITEM
STANDARD
ASPEK
DIMENSI 1
8
39
STANDARD 1
8
DIMENSI 2
24
188
STANDARD 2
8
DIMENSI 3
42
300
TERMASUK ELEMEN 9(74)
STANDARD 3
15
STANDARD 4
12
DIMENSI 4
32
205
STANDARD 5
50
JUMLAH
106
732
JUMLAH
93

PERBANDINGAN WAJARAN SKOR SKPM VERSI 2003 DAN 2010

SKPM 2003
SKPM 2010
DIMENSI
WAJARAN SKOR
STANDARD
WAJARAN SKOR
1
10%
1
10%
2
30%
2
15%
3
45%
3
20%
4
20%
4
15%
5 (35%)
PKS  10 %
PEPERIKSAAN AWAM 10%
KOKURIKULUM  & SUKAN 10%
SAHSIAH MURID          5%
TOTAL
100%
100%


TRAF PENCAPAIAN SKOLAH SKPM VERSI 2010

PERATUS
TARAF
90-100
CEMERLANG
80-89
BAIK
60-79
HARAPAN
40-59
MEMUASKAN
20-39
LEMAH
0-19
SANGAT LEMAH



Kelebihan SKPM 2010

SKPM 2010 dihasilkan dengan mengambil kira beberapa beberapa prinsip. Antara prinsip yang diguna pakai adalah seperti yang berikut:

a.         Mempunyai kesinambungan dengan SKPM-Sekolah (2003);
b.         Merangkumi semua aspek yang kritikal berkaitan proses pendidikan dan pengurusan sekolah sebagai organisasi pembelajaran;
c.         Mengambil kira perubahan terkini dalam bidang pendidikan dan perkembangan semasa negara;
d.         Menjadikan SKPM 2010 rujukan induk standard pendidikan negara;
e.         Berfokus kepada fungsi proses dalam sesuatu bidang atau aspek dengan menitikberatkan outcome;
f.          Mengambil kira maklum balas pengguna; dan
g.         Menjadikan SKPM 2010 lebih mesra pengguna, praktikal dan mudah diurus.

Bagi memastikan skop dan kandungan SKPM 2010 menyeluruh dan relevan, perkara yang berikut dilaksanakan:

a.         Membuat rujukan terhadap pelbagai standard berkaitan pendidikan dari dalam dan luar negara;
b.      Membuat rujukan terhadap dokumen, buku dan literatur terutamanya yang berkaitan kepimpinan, pengurusan dan pedagogi;
c.         Memperoleh pandangan dan maklum balas daripada:

•          Nazir Sekolah yang berpengalaman;
•          Pegawai Bahagian KPM;
•          Pengetua, guru besar, guru cemerlang, guru dan kesatuan guru;
•         Pakar dalam bidang pendidikan dari universiti tempatan khususnya dalam disiplin penyelidikan serta pengukuran dan penilaian;
•     Perunding NKRA (McKinsey & Co.); • Pegawai daripada Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri; dan
•          Pegawai Pengurusan Tertinggi KPM.

No comments:

Post a Comment