GOOGLE TRANSLATE

Monday, January 18, 2016

PENGURUSAN STRES





Stres merupakan kekurangan harmoni antara seorang pekerja dengan persekitaran tempat kerjanya.
Menurut   Cedoline ; Gardon & Gmelch     berlakunya  stres dalam kalangan pemimpin sama ada pengetua atau guru besar adalah disebabkan   kekurangan  bahan sumber yang  digunakan , sokongan dari pihak atasan dan  beban kerja yang terlalu banyak.Selain itu pemimpin juga stres disebabkan banyaknya kertas kerja yang perlu dibuat, terlalu banyak  persoalan -persoalan yang perlu dijawab  dan kadang kala terdapat  perbezaan peranan yang ditetapkan oleh Ketua  (PPD/JPN /KPM)  dan lembaga pengelola sekolah.
Pemimpin juga stres  menangani isu-isu seperti  disiplin pelajar, kawalan terhadap guru dan staf tanggungjawab terhadap keperluan pelajar secara holistik dan  hubungan dengan ibu bapa serta komuniti setempat

ISU STRES  SECARA GLOBAL DI TEMPAT KERJA

Menurut  “Kongres Kesihatan dan Keselamatan  Bekerja  Yang Ke 17 “ mendapati stres disebabkan kerja berlebihan , terdapat juga pemimpin yang stres kerana memerlukan pengiktirafan dari majikan . Pemimpin juga menjadi stres  disebabkan perhubungan yang kurang mesra antara pekerja dan majikannya. Selain itu  stes juga disebabkan tiada perbincangan yang berkesan semasa membuat keputusan  dan akhir sekali  terdapat juga stres kerana masalah komunikasi

HUBUNGAN STRES DAN PRESTASI KERJA

Prestasi kerja seseorang dapat diklasifikasikan  dengan tiga zon yang jelas. Pertama zon   kepuasan bekerja yang rendah  , kedua zon  kepuasan bekerja  yang tinggi dan ketiga zon kepuasan bekerja

Pekerja yang berada dalam zon  kepuasan bekerja yang rendah  disebabkan rasa bosan, penat dan  kecewa . Faktor berlaku kerana berada pada sesuatu jawatan untuk jangka waktu yang lama tanpa perubahan . tambahan pula tiada kepelbagaian dan rangsangan yang dapat memberikan motivasi kepada dirinya.

Zon Kepuasan kerja yang tinggi  disebabkan permintaan kerja  terlalu tinggi. Stres yang berterusan dan keterlaluan akan mengakibatkan  pekerja menjadi tidak bermotivasi. Akibatnya pekerja akan mengamalkan cara penyelesaian masalah yang tidak rasional, kepenatan, sakit dan memperlihat harga diri yang rendah.

Zon  kepuasan kerja sangat dialu-alukan kerana  pemimpin mendapati  kerja  mencabar dan memuaskan. Hasilnya  pekerja bersifat kreatif, menyelesaikan masalah secara rasional, menerima perubahan dengan positif dan melahirkan kepuasan kerja yang tinggi.

TANDA-TANDA STRES MELAMPAU

Pemimpin perlu melihat berlakunya stres yang melampau dalam kalangan pekerjanya dengan melihat kepada perubahan fizikal atau raut wajah  dan kerap menimbulkan rasa marah. Mereka juga selalu bersikap negatif dan melenting dengan perkara yang kecil atau remeh temeh.
Perubahan juga boleh dilihat dari segi turunnya berat badan atau bertambah berat badan ,selalu sakit-sakit kepala dan susah untuk tidur pada waktu malam. Semput bernafas ,sentiasa curiga  , tidak boleh dibantu dan suka mengambil risiko

Jika berlaku tanda-tanda di atas pemimpin perlu melihat semula apa yang  berlaku, melihat isu yang menjadi punca masalah. Pemimpin tidak harus membiarkan perkara ini berterusan yang akan mendatangkan akibat yang lebih buruk lagi.Jika masalah tidak dapat diselesai oleh pemimpin dengan cara berhemah pemimpin perlu merujuk kepada yang lebih arif dan tidak mengambil tindakan terburu-buru

No comments:

Post a Comment