GOOGLE TRANSLATE

Wednesday, September 7, 2016

SK (L) JALAN BATU CERIA DI TENGAH KOTA RAYA



Batu Road School (BRS) atau kini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki (L) Jalan Batu terkenal sebagai salah satu daripada sekolah di Kuala Lumpur yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang.
Sekolah yang dibina pada tahun 1930 itu sentiasa menerima jumlah kemasukan murid yang tinggi saban tahun hingga mencecah 2,000 orang pada tahun 1954.
Bagaimanapun, era kegemilangan sekolah tersebut tidak bertahan lama apabila mula mengalami kemerosotan pelajar, lantas  menjejaskan rekod akademiknya.Kedudukan sekolah ini  terletak di tengah-tengah arus pembangunan Kuala Lumpur yang begitu pesat, terutamanya di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.
Faktor kemerosotan di sekolah itu juga diakibatkan oleh sebahagian bangunannya dirobohkan untuk pembinaan jalan,  dan sebahagian lagi dipinjamkan ke SKPK Jalan Batu untuk beroperasi. Selain itu  ibu bapa  juga bimbang akan keselamatan anak-anak mereka ekoran keadaan lalu lintas yang terlalu sibuk.
Sehingga kini, sekolah hanya mempunyai seramai 218 murid daripada termasuk  prasekolah hingga tahun enam, 35 orang guru dan 3 AKP



Guru besar sekolah tersebut Encik Jamaluddin bin Mohd. Hashim menegaskan , pelbagai usaha dan pendekatan diambil oleh banyak pihak untuk membantu meningkatkan semula prestasi sekolah .termasuklah menceria dan memberi suasana lebih kondusif . Sekolah band 2 dengan pencapaian GPS 2.17  mata tahun 2014  dan 2.28 mata  tahun 2015.  Peratus lulus meningkat dari 60.00 % tahun 2014 ke 65.2 % tahun 2015.
Banyak  cabaran terpaksa dihadapi oleh guru-guru terutama dalam mendidik dan menghadapi kerenah semua murid lelaki. Selain itu, masalah  kehadiran  juga penentu pencapaian murid dan sokongan ibu bapa pada aktiviti hari Sabtu juga menggagalkan pencapaian maksimun sekolah.
Dengan usaha gigih pihak sekolah menangani kes tidak hadir membuahkan kejayaan  ,sehingga kini  Julai 2016 kehadiran murid telah mencapai 94.30 %  sekaligus menghampiri KPI Jabatan 95. 00%.
Sekolah juga  beruntung mendapat sokongan padu dari  Yang Dipertua PIBG  Encik Mohd. Rashdan Abd. Rashid. Beliau berharap  sekolah tersebut kembali cemerlang seperti dahulu dan  mengakui bahawa Program Sarana Ibu Bapa dibawah Anjakan Ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjadi pencetus kepada peningkatan prestasi pada hari ini.
Dalam arus moden di persekitaran kota raya ,sekolah  ini  telah ketinggalan berbanding sekolah lain  , namun kini ia sudah bangkit dan semakin maju  dari aspek akademik dan  kokurikulum . Salah satu faktor ialah sekolah  dengan usaha guru-guru telah manfaatkan setiap ruang dan  sudut yang ada bagi menyebarkan ilmu dan informasi.


Program sarana PIBG melakukan pelbagai aktiviti  bagi mengumpul dana daripada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan demi faedah dan kebaikan murid-murid .Ibu bapa juga menyedari bahawa sekolah ini  masih mampu melahirkan pelajar cemerlang sama seperti zaman kegemilangannya.


No comments:

Post a Comment