Beliau berkata, peperiksaan tersebut akan digantikan de­ngan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun depan.
“Peperiksaan bagi murid tahap satu (tahun satu, dua dan tiga) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran lebih objektif bermula 2019,” katanya melalui akaun Twitternya, hari ini.
Sementara itu, di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin ketika dihubungi hari ini memberitahu, penjelasan lanjut berhubung sistem pentaksiran yang menggantikan peperiksaan bagi murid tahap satu akan dibuat esok.
Beliau menjelaskan, sis­tem itu secara u­mumnya adalah berdasarkan empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
“Perkara itu memang kita akan laksa­nakan iaitu untuk murid tahun satu, dua dan tiga sahaja.
“Pelaksanaan ini bukan benda yang baharu sebab ia berdasarkan PBS itu sendiri. Sebab PBS itu ada empat komponen kan? Jadi ia berdasarkan itu,” katanya.