GOOGLE TRANSLATE

Friday, June 13, 2014

Lawatan Kerja ke Bahagian Teknologi Pendidikan

Barisan SIP dan SISC + PPWS di BTP

Ucapan Alu-Aluan dari Dr Soon Seng Thah, Timb Pengarah BTP

Pasukan SIP dan SISC Plus PPW Sentul telah mengadakan lawatan Kerja ke Bahagian Teknologi Pendidikan , Kementerian Pendidikan Malaysia pada 11 Jun 2014. Lawatan ini bertujuan untuk mendapat pendedahan tentang fungsi BTP di dalam  menerbitkan bahan digital dan bahan pelbagai media untuk pengajaran dan pembelajaran.

Majlis telah dimulakan dengan Ucapan Aluan dari Dr Soon Seng Thah, Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan, BTP. Beliau mengalu-alukan kehadiran Pegawai SIP dan SISC Plus yang merupakan pasukan pertama dari kumpulan ini yang membuat lawatan ke BTP. Beliau melahirkan hasrat agar pasukan ini dapat bekerjasama dengan BTP dalam membuat promosi dan mengalakkan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran  yang dihasilkan oleh BTP dan rangkaian.

Agenda bagi lawatan kerja dimulakan dengan pembentangan oleh En Abdul Hakim b. Abdullah, Penolong Pengarah, dari Sektor Pelbagai Media mengenai fungsi dan bahan yang dihasilkan oleh sektor tersebut. Beliau juga memberi pendedahan tentang penghasilan laman pembelajaran melalui FrogVle dan kriteria yang penerimaan dan penolakan bahan tersebut ke MOE Repository. 
En Mahthir dan En Abdul Hakim

Wakil dari Sektor Penyiaran Pendidikan, En Mahthir Mahmood telah memberi taklimat tentang
 EduwebTV. Sesi ini merangkumi bahan video yang dihasilkan oleh Sektor dan Rangkaian  
di bawah kategori Kurikulum, eGuru , Ehwal Semasa, Radio Pendidikan , Panduan dan juga
Timssvideo yang merangkumi video bagi pengajaran dan pembelajaran usahasama UCLA and the Carnegie Foundation. Taklimat di susuli dengan beberapa tayangan video dan bahan-bahan yang dihasilkan untuk membantu PdP seperti yang boleh diikuti pada pautan berikut http://www.eduwebtv.com/index.php.
Pusat Sumber BTP

Sesi seterusnya diikuti dengan Taklimat oleh Tn Hj  Mohd Nor b. Sabar , Pegawai dari Sektor 
Pengurusan Literasi Teknologi Pendidikan, BTP. Beliau menerangkan tentang fungsi Sektor PLTB yang antara lain merancang dan melaksanakan pembangunan  Pusat  Sumber Sekolah dan Gerakan Tabiat Membaca, Penilaian Bahan Bacaan Tambahan, Pengurusan Pusat Sumber di BTP dan Arkib.
Cik Pushparani 

Sesi akhir telah dikendalikan oleh Cik Pushparani Penolong Pengarah dari Sektor Pembangunan Resos Pembelajaran. Beliau juga telah menerangkan tentang peranan Sektor tersebut yang terlibat dengan penghasilan bahan CDRI, dan E Bahan seperti yang boleh diperolehi dari LMS ( Learning Management System ) bahan tersebut boleh diperolehi dari pautan berikut http://spp.moe.edu.my/.
Pn Radiah menyampaian cenderahati kp Pn Fuziah

Lawatan kerja dan taklimat telah diakhiri dengan Ucapan Penghargaan dan Majlis Penyerahan Cenderahati dari warga SIP dan SISC + dari PPWS yang telah disampaikan oleh Pn Hjh Radiah bt Nordin, SIP +, PPWS.kepada Pegawai Perhubungan BTP Pn Fuziah. 

Bahan Taklimat di BTP:
Bahan Digital dan Persian Kandungan MBMMBI
Bahan-bahan Digital Terbitan BTP
Bahan Sektor Pelbagai Media

No comments:

Post a Comment