GOOGLE TRANSLATE

Friday, February 12, 2016

AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH


Akauntabiliti merujuk kepada kewajipan penjawat awam dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa yang ditetapkan. Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan tiada pembaziran yang menjejaskan sumber-sumber awam. ( Mematuhi Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah dan serta Arahan dari KPM ).
Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Penjawat awam yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.
Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan perlu dihayati dan dijadikan amalan oleh setiap penjawat awam. Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak dititikberatkan dalam pengurusan kewangan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku. Prinsip akauntabiliti dan integriti memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah kualiti dan imej sesuatu agensi Kerajaan. Ia juga merupakan pra syarat bagi mendapatkan keyakinan orang awam ke atas perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Pengetua dan Guru Besar mempunyai akauntabiliti bagi memastikan tata cara dan kawalan -kawalan tertentu supaya pengurusan kewangan sekolah dapat mencapai matlamatnya secara cekap dan berkesan. Empat perkara yang menyentuh akauntabiliti Pengetua dan Guru Besar dalam, pengurusan sekolah adalah :

i)         a.  Memikul amanah
b.  Kecekapan dan keberkesanan tindakan
c.  Kewajipan memberi penjelasan dan keterangan
d.  Menanggung akibat

No comments:

Post a Comment