GOOGLE TRANSLATE

Thursday, February 11, 2016

BENGKEL PENATARAN PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH EDISI 2.0

Pada  21 hb. Januari 2016 JPWP  Lumpur telah berjaya melaksanakan Bengkel Penataran Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah Edisi 2.0. Bengkel ini dilaksanakan di Bahagian Teknologi Pendidikan  Negeri,  Kuala Lumpur. Bengkel turut disertai oleh Encik Saiful Bahari b. Muhammad Taufik dan Pn. Azlina bt . Abd. Rahim   dari Bahagian  Pendidikan Sekolah Harian (BPSH ) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bengkel penataran ini turut disertai oleh Penyelaras DTP Negeri,semua Pengurus Program  DTP PPW  dan  Penyelaras Program Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul, Pudu- Bangsar dan Keramat.Bengkel ini juga turut disertai oleh Pengarah  JPWP  Putrajaya Pn. Ro’aini bt. Jaafar yang juga merupakan Pengurus Program  Negeri  (JPWP Putrajaya ). Turut hadir Pengurus Program dan Penyelaras Program DTP Putrajaya . Selain itu semua SIPartners+ dan SISC +  PPW Kuala Lumpur dan Putra jaya turut menyertai bengkel ini.

Pasukan pembentang penataran diketuai oleh Pn. Radzita b. Radzi  , Encik Syamsul Rezal b. Abd. Rahman , Tn. Hj. Mohd.  Sanusi  Saseetharan b. Abdullah, dari PPW Sentul kecuali  Pn.Anis Sabarina bt. Abu Bakar dari PPW Keramat.

Semua  bab itu telah ditatarkan dalam tempoh yang ditetapkan . Antara tajuk –  tajuk yang dibincangkan ialah  Latar Belakang Program DTP, Pengurusan Aktiviti KPI dan Kewanagn DTP, Bimbingan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Perjawatan SIPartners + dan SISC +,  Pengurusan Pembangunan Profesional, Dialog Prestasi, Dashboard Prestasi KPM dan Lawatan Audit.

Encik Saiful Bahari b. Muhammad Taufik memulakan sesi penataran dengan membentang hala tuju yang jelas KPM dalam visi dan misi KPM.Dalam sesi rumusan beliau memuji pasukan   bengkel penataran ini    sangat baik telah diatur dengan rapi  (well organise ). Pembentang  memberi penekanan kepada isu-isu kritikal.Penjelasan dalam bentuk tindakan dan disertai dengan contoh-contoh yang mantap. Sudah semestinya  pasukan ini  telah membuat prekaunsel dan penyelarasan sebelum pembentangan dibuat.

Bengkel  diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pengarah Pendidikan Putrajaya Pn. Ro’aini bt. Jaafar.

Nukilan Pn Hjh Norzian bt Ramli
SIP+ PPW Sentul

No comments:

Post a Comment