GOOGLE TRANSLATE

Saturday, February 20, 2016

MAJLIS BICARA CEMERLANG UPSR 2016- SK BATU EMPAT ( 1 ) JALAN SULTAN AZLAN SHAH

Penglibatan ibu bapa dalam mewarnai masa depan anak-anak sendiri sangat penting . Sokongan ibu bapa dan komuniti setempat membuahkan  hasil kejayaan yang cemerlang telah banyak bukti.Menurut kajian Olsen dan Fuller (2008 ) apabila ibu bapa terlibat sama sekolah mendapat manfaat yang  berikut iaitu :
i.                 Keyakinan guru meningkat
ii.               Pencapaian murid meningkat
iii.              Ibu bapa merasai sebahagian daripada sekolah
iv.              Lebih menyokong program sekolah
v.                Kes disiplin berkurangan dan
vi.              Hubungan antara pentadbir,guru  dan ibu bapa bertambah baik
Sekolah merupakan penggerak utama kejayaan anak-anak dan justeru itu penglibatan ibu bapa sangatlah diharapkan.
Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak mereka  yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Di samping sumbangan  dan komitmen ibu bapa terhadap  pencapaian  dan aktiviti sekolah dapat dilihat dengan jelas.


Majlis diserikan lagi dengan Bicara Profesionalisme oleh guru besar , Encik Faisal bin Salleh dan Bicara cemerlang Ketua Panitia Mata Pelajaran.

Turut di bentangkan ialah Format Baru UPSR  2016, Analisis Ujian Diagnostik 2016 dan Penetapan target UPSR 2016. Pada akhir majlis sesi soal jawab diadakan antara ibu bapa dan guru-guru



Murid-murid  sedang membuat Akur  Janji  yang disaksikan oleh ibu bapa masing-masing.

Nukilan :
Pn Hjh Norzian bt Ramli, SIP+ PPW Sentul


No comments:

Post a Comment