GOOGLE TRANSLATE

Saturday, February 20, 2016

Program Sekolah Transformasi (PreSTasi)



Sekolah Transformasi merupakan satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna. Program ini akan disokong dengan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu Abad 21 dan mengupayakan Rakan ELIT, Guru, Pelajar dan Komuniti. Pasukan ini akan dibimbing dan pantau oleh Konsultan dan Leap Ed dan juga pegawai dari Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

Sekolah-sekolah yang terlibat di WP Kuala Lumpur adalah SMK Puteri Titiwangsa, SMK Kiaramas, SMK Convent Jln Peel dan SK Setapak Indah.







Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) ini merupakan replikasi Sekolah Amanah (dijalankan oleh LeapEd: anak syarikat Yayasan Amanah). 

Objektif Program Sekolah Transformasi ialah:
1) Mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik Sekolah Amanah di sekolah harian terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah
2) Membangunkan kepakaran tempatan melalui pendekatan latihan dan bimbingan yang berstruktur kepada Pembimbing Kepimpinan (PK) atau School Leadership Team ( SLT ) dan Pembimbing Pedagogi (PP) serta pemimpin sekolah transformasi. Pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh KPM; dan
3) Menggalakkan dan mengamalkan:
  • pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid
  • pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan
  • pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan kemenjadian murid, peningkatan capaian dan penggunaan ICT
  • penglibatan aktif komuniti setempat

Konsep Sekolah Transformasi



Taburan Sekolah Transformasi 2015


Pelaksanaan program ini turut melibatkan Rakan ELIT daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminudin Baki (lAB), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah yang terlibat.

1 comment:

  1. Apakah kriteria yg melayakkan sesebuah sekolah dicalonkan sebagai sekolah transformasi?

    ReplyDelete