GOOGLE TRANSLATE

Thursday, August 4, 2016

AMALAN TERBAIK SEKOLAH-SEKOLAH PPW SENTUL




Amalan-amalan  terbaik di dalam Kurikulum, Kokurikulum , Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia dan yang lain di sekolah harus dikongsi di antara sekolah-sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap amalan ini telah mendatangkan manfaat kepada warga sekolah berdasarkan kepada matlamat dan objektif pelaksanaan amalan tersebut.

Pegawai SIP+ Pn Hjh Norzian Ramli dan Hj Mohd Sanusi Saseetharan telah mengendalikan satu mesyuarat pra persediaan bagi kursus amalan terbaik dari beberapa buah sekolah yang telah melaksanakan amalan-amalan tersebut pada 2 Ogos 2016. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada sekolah-sekolah membuat persediaan sebelum kursus Amalan Terbaik Sekolah Rendah dan Menengah pada 27 - 28 Sept 2016 di PKG Sentul.

Di antara contoh amalan terbaik yang telah didedahkan kepada ahli mesyuarat tersebut adalah :  
"Be Pro" - SMK Senggaram, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
"Menjulang A+" - SMK Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan
" Career Walk - Unleash the best in you - SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Bahan-bahan tersebut boleh dicapai melalui pautan di SINI.



No comments:

Post a Comment